Kassrie ketika ditemui pemberita tadi
KUCHING: Skuadron Kapal Latihan ke-27 Kapal DiRaja (KD) Gagah Samudera dan KD Teguh Samudera akan mengadakan Hari Terbuka Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) esok, 5 Mei bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Menurut Pegawai Laksana KD Gagah Samudera, Leftenan Mohamad Kassrie Kassim kedua-kedua kapal latihan tersebut telah belayar bersama sejak tiga minggu yang lalu.
"Ini merupakan kali kedua kami tiba ke Kuching iaitu pertama kalinya pada 28 April lepas untuk tujuan rizab.
"Tetapi kita kembali semula hari ini (4 Mei) untuk mengadakan latihan pelatih dan pegawai muda TLDM yang baharu ditauliahkan untuk mendapat pengenalan laut serta pelabuhan asing di Malaysia dan luar negara," katanya ketika ditemui sejurus sahaja kedua-kedua kapal itu berlabuh di Pelabuhan Pending, hari ini.
KD Teguh Samudera (kiri) dan KD Gagah Samudera (kanan) berseebelahan menjalankan Hari Terbuka TLDM di Pelabuhan Pending disini.
Menurut beliau kedua-dua kapal berkenaan pernah ke Kuching pada tahun 2018 untuk tujuan yang sama dan telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada warga Kuching sekitar 6,000 pengunjung.
Katanya juga, pelatih dan pegawai muda yang baharu ditauliahkan itu telah mendapat latihan penyesuaian selama dua bulan di Turki sebelum ini sebelum ke tempat- tempat lain.
Skuadron berkenaan telah belayar ke Pattaya di Thailand dan pulang ke pangkalannya di Lumut, Perak.
Skuadron itu dijadualkan bertolak dari Pelabuhan Pending bermula 7 Mei ini dan bakal tiba ke pangkalannya di Lumut pada16 April nanti.

Bahagian atas dek pengemudian kapal.
Pihaknya akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk orang ramai bersempena dengan Hari Terbukanya esok hari seperti persembahan kebudayaan dari suku kaum di Semenanjung Malaysia, jualan cenderahati daripada kapal-kapal, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, menari poco-poco bersama pengunjung dan banyak lagi.
Beliau percaya dengan adanya perancangan untuk penubuhan pasukan nukleus Markas Wilayah 4 TLDM di Bintulu selepas ini bakal menyemarakkan lagi aktiviti bagi orang ramai.
Katanya kemampuan kapal latihan tersebut adalah untuk melatih pegawai muda dan lain-lain pangkat tetapi akan menjadi kapal sokongan pada waktu diperlukkan.
Kedua-dua kapal latihan tersebut berukuran 75.9 meter panjang dengan sesaran 1,366 tan yang turut dilengkapi dengan kemudahan pendaratan helikopter yang berupaya beroperasi sejauh 2,500 batu nautika selama 21 hari.
Kedua-dua kapal tersebut mempunyai kemampuan untuk membawa seramai 60 orang pelatih dan 45 orang krew pada setiap pelayaran.
Keistimewaan kapal tersebut dilengkapi dengan sistem kombat, radar, peralatan navigasi, dan komunikasi yang turut bersesuaian untuk melaksanakan operasi terhad apabila diperlukkan.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment