Facebook bakal membolehkan interaksi antara Messenger, WhatsApp dan Instagram


KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook tidak lama lagi akan dapat menghantar mesej menerusi tiga platform permesejan Facebook yang berbeza, iaitu Messenger, Instagram dan WhatsApp.


Facebook bakal menawarkan sokongan saling kendali antara Messenger, WhatsApp dan juga Instagram.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Produk Pengguna Messenger Asha Sharma pada acara F8 2019 yang diadakan pada Rabu.

“Kami percaya orang sepatutnya boleh berinteraksi dengan sesiapa di mana saja,” kata Asha Sharma.

Ini bermakna, dengan sokongan ciri ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej ke pengguna di Messenger, pengguna Messenger ke Instagram, dan sebagainya.

Hal ini akan membolehkan pengguna kekal berinteraksi antara platform – tanpa mengira aplikasi mana yang digunakan mereka pada sesuatu masa.

Bagaimanapun, Facebook berkata mereka masih dalam proses membangunkan ciri ini dan tidak menyatakan sebarang latar masa pengenalannya buat masa ini.-Awani

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...