Dua wanita rugi RM292,000 ditipu BOMOH



 
KUCHING:  Sindiket bomoh kembali dengan menjadikan dua wanita sebagai mangsa membabitkan kerugian mencecah RM292,000 dalam dua kes berasingan sejak 11 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani berkata kedua-dua mangsa berusia 55 dan 64 tahun iaitu masing-masing seorang peniaga dan suri rumah.

Menurutnya, kes pertama berlaku di Padawan apabila mangsa terserempak tiga wanita yang kononnya mahu mencari daun untuk mengubati kulit anak kepada seorang daripada mereka.

“Mangsa 55 tahun itu langsung tidak mengesyaki dirinya diperdaya, malah terus berbual mesra dengan mereka (suspek) sehingga dia diberitahu bahawa rumahnya di Jalan Stephen Yong turut didiami hantu sejak sembilan tahun lalu.

“Mangsa kemudian terus diperdaya mengenai ‘hantu’ tersebut sehingga suspek menawarkan bantuan untuk mengadakan upacara menghalau hantu tersebut dengan syarat mangsa perlu mengeluarkan kesemua wang simpanan dan diserahkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyatan pada Rabu.

Difahamkan, mangsa pada hari yang sama bersama seorang daripada suspek telah mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM180,000 di sebuah bank di Batu 3, di sini.

“Mangsa kemudian menyerahkan pelbagai barangan kemas miliknya kepada suspek di tempat letak kereta di MJC Batu Kawa dan seterusnya dia diberikan satu bungkusan yang dikatakan berisi wang dan barangan kemas mangsa.

“Suspek selain itu turut menetapkan syarat bahawa bungkusan tersebut hanya boleh dibuka selepas seminggu,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...