KUCHING: Festival Tari dan Lagu Asli Sarawak merupakan acara ikonik yang dianjurkan oleh Majlis Seni Sarawak bagi mencungkil bakat bakat baru dalam bidang tari dan nyanyian lagu asli.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran festival tari dan lagu asli Sarawak (FTL) adalah untuk menanam minat dan kecintaan masyarakat terutamanya dikalangan anak-anak muda agar mengenali dan menghargai seni dan budaya tanahair.
Menurut beliau lagi, FTL dilihat mampu menjadi wadah kepada perkembangan seni tanahair kerana para peserta juga diberi pendedahan melalui sidang keilmuan dan bengkel tari semasa festival berlangsung.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Festival Tari dan Lagu Asli Sarawak 2019 di Kuching, hari ini.
Sebanyak 14 peserta dari 12 bahagian yang akan menyertai pertandingan lagu asli di pentas akhir nanti dan akan diadakan di Dewan Stephen Kalong Ningkan Betong pada 4-6 Julai 2019.
Johan bagi kategori lagu asli akan membawa wang tunai sebanyak RM3000, piala dan sijil manakala johan bagi kategori tarian akan membawa wang tunai sebanyak RM5000, piala dan sijil.
Ujar beliau lagi, festival ini merupakan acara yang pertama dan akan dijadikan sebagai acara tahunan.

No comments:
Post a Comment