Bella, saya minta maaf - Nismell

KUALA LUMPUR 19 Mei - "Sumpah demi Allah, Aliff tidak ada buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu."

Itu penegasan Nismell, gadis berusia 16 tahun yang menjadi bahan kecaman dan kritikan netizen apabila gambar tidak senonohnya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tular.

Nismell secara eksklusif kepada Utusan Online berkata, dia berkongsi foto tersebut kepada kawannya namun, tidak menyangka sama sekali gambar tersebut tular sehingga mencetuskan kontroversi.

Jelas Nismell juga, hubungannya dengan Aliff hanyalah sekadar sebagai tetamu di parti tersebut dan dia tidak langsung berhubungan secara terus selepas itu.

“Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu.

“Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap,” katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Nismell secara ikhlas memohon maaf kepada bekas isteri Aliff, Bella Astillah sekiranya kontroversi tersebut menyebabkan hubungan mereka semakin retak dan akhirnya berpisah.

“Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...