Sumbangan ini bersempena kedatangan bulan Ramadan yang akan disambut umat Islam pada 6 Mei ini.
Datin Patinggi Datuk Amar Juma'ani mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam menjayakan majlis ini.
"Terima kasih kepada para penyumbang yang terlibat dalam majlis ini," katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan dalam satu majlis ringkas di Pusat Kebajikan Datuk Juma'ani, Jalan Kulas di sini melibatkan para penerima dari lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang dan Satok.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi PKPJ, Datuk Dr Munirah Hassan serta Naib Pengerusi PKPJ, Dr Ismail Drahman.
Datin Patinggi Datuk Amar Juma'ani yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) berharap persatuan ini akan menerima lebih banyak peruntukan pada masa akan datang dan ini boleh diagihkan kepada ahli-ahli persatuan dan juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Satok.
Beliau turut berhasrat untuk membawa anak-anak PKPJ dan PDK Satok untuk membeli belah pakaian raya di Mydin Petra Jaya pada pertengahan Ramadan ini.
Dalam pada itu, selain mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan, sumbangan kecil ini juga diharap mampu memberikan ruang kepada ahli keluarga serta masyarakat umum menjalankan ibadah puasa dengan penuh barakah.
Terdahulu mereka yang hadir turut diperdengarkan dengan tazkirah Ramadan.




No comments:
Post a Comment