11 Projek Rakyat Peningkatan Sistem Bekalan Air Di Samarahan Telah Ditender

KUCHING: Sebanyak 11 Projek Rakyat merangkumi kerja peningkatan sistem berkala air di bahagian Samarahan telah ditender.

Menteri Muda Bekalan Air YB Datuk Liwan Lagang berkata, daripada keseluruhan projek-projek tersebut ada yang telah ditender, telah siap dibina dan ada yang masih dalam peringkat pembinaan. 

"Daripada 11 projek yang telah ditender, empat projek tersebut telah pun siap, manakala tujuh projek masih dalam peringkat pembinaan," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya YB Ir Aidel Lariwoo semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Manakala, projek yang selainnya akan ditender dalam tahun ini dan kesemua projek dalam Projek Rakyat untuk Bahagian Samarahan dijangka akan siap selewat-lewatnya pada penghujung 2020.

Sementara itu, bagi soalan tambahan yang dikemukakan ADUN Sadong Jaya mengenai skop dan kos keseluruhan projek, Datuk Liwan menjelaskan ianya terbahagi kepada skop kerja jangka pendek dan jangka panjang.

"Skop kerja bagi Penambahbaikan Jangka Pendek merangkumi tiga bahagian iaitu, membaik pulih loji rawatan yang sedia ada, membaiki tangki air yang sedia ada yang bocor dan membina 'submarine' paip yang baru untuk meningkat pembekalan air dari bekalan air Kuching ke Asajaya.

"Manakala, skop kerja Penambahbaikan Jangka Panjang juga merangkumi tiga bahagian iaitu menggantikan saluran paip yang uzur supaya tidak tersekat dan pecah, menambah stesen pam penggalak dan tangki aras tinggi, dan membina saluran paip utama.

"Secara keseluruhan anggaran kos Projek Rakyat di Bahagian Samarahan adalah berjumlah RM4,014,660 juta dan ianya dibiayai penuh oleh Kerajaan Sarawak," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...