Rumah runtuh akibat mendapan tanah, lelaki OKU cedera





Keadaan rumah tersebut yang terjejas akibat mendapatan tanah

SIBU: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) cedera, manakala lima termasuk seorang bayi 10 bulan terselamat apabila rumah yang didiami mereka runtuh di bahagian tengah akibat mendapan tanah di Kampung Seduan Jaya, Batu Lima, Jalan Oya Lama, di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar tengah hari itu, mangsa,34 tahun, cedera di bahagian leher dan tangan apabila dihempap kayu dan terkena cermin kaca.

Menurut Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad, kesemua penghuni berjaya keluar dari rumah berkenaan kecuali mangsa.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan dari rumah tersebut dan dibawa ke rumah sebelah sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulans Hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Hospital Sibu untuk rawatan lanjut

Wan Kamaruddin berkata kejadian itu turut menjejaskan rumah sebelah apabila besi kajang (awning) kedua-dua buah rumah adalah bersambung.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong besi berkenaan bagi mengurangkan risiko kerosakan pada rumah sebelah yang mempunyai 13 orang penghuni.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...