Usul pinda Perlembagaan Persekutuan dijangka hangatkan DUN Sarawak



PETRA JAYA: Dua usul berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 (2) dijangka menjadi isu hangat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang bermula bersidang selama 11 hari, bermula esok.

Usul berkaitan berkenaan masing-masing akan dibentangkan wakil daripada kerajaan negeri dan pembangkang.

Bagi pihak kerajaan negeri, usul terbabit dijangka dikemukakan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, manakala bagi pihak pembangkang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, berkata kedua-dua usul berkenaan berkisar berkenaan kegagalan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 (2), di Dewan Rakyat, pada 9 April lalu.

"Pihak DUN Sarawak berpandangan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 (2) yang dibentangkan pada 9 April lalu, bersifat sempit dan tidak mempunyai makna. Apa sahaja yang perkara berkaitan Sarawak perlu dibincang dan diperdebat terlebih dulu di DUN Sarawak.

"Perkara membabitkan hak Sarawak perlu dibawa ke DUN Sarawak kerana ADUN Sarawak dipilih secara langsung oleh rakyat Sarawak sendiri," katanya dalam sidang media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Jalan Bako, di sini, hari ini.

Kegagalan pindaan perlembagaan itu diluluskan selepas 19 ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi, sekali gus sokongan dua pertiga atau 148 ahli parlimen menyokong pindaan terbabit tidak dicapai.

ADUN Batu Lintang, See Chee How, juga akan mengemukakan usul berkaitan cadangan perpindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...