Mahu pinjam RM50,000, kena tipu RM43,320.40





 
MIRI: Hasrat seorang pembantu jualan di bandar raya ini untuk meminjam wang sebanyak RM50,000 hancur berkecai, malah terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM43,320.40 apabila terpedaya oleh sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah, wanita berusia 44 tahun itu antara empat mangsa dalam dua kes Parcel Scam dan dua kes pinjaman tak wujud yang dilaporkan di Miri pada Sabtu. 

Mangsa pada 23 April lalu menerima mesej dari aplikasi WhatsApp dari seorang individu yang memperkenalkan diri dari syarikt pinjaman wang katanya sambil menambah, mangsa bersetuju untuk meminjam wang sebanyak RM50,000.

Setelah setuju dengan syarat ditetapkan, mangsa disuruh mendepositkan wang sebanyak RM1,240 untuk pembayaran deposit.

"Mangsa dihubungi oleh suspek yang mendakwa kononnya Bank Negara dan pihak bank telah blacklist (senarai hitam) nama mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat beberapa pembayaran bagi mengeluarkan nama dari senarai hitam.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari diri tertipu selepas mengalami kerugian RM43,240 dan kemudian membuat laporan polis.

Dalam kes berasingan, Mustafa Kamal berkata seorang suri rumah berusia 34 tahun yang mengalami kerugian RM3,800 apabila diperdaya sindiket Parcel Scam. 
"
Mangsa mengalami kerugian setelah berkenalan dengan seorang lelaki dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook. 

"Selain itu, mangsa kedua Parcel Scam pula melibatkan seorang wanita berusia 28 tahun yang mengalami kerugian RM6,000 setelah berkenalan dengan seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang dikenal melalui laman sosial Facebook," katanya.

Seorang lagi mangsa kes pinjaman tak wujud pula melibatkan seorang kontraktor binaan lelaki yang kerugian RM3,900 setelah melihat iklan pinjaman wang dari sebuah syarikat pinjaman wang melalui Facebook. 

Orang ramai boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ccid.rmp.gov.my) dan facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan.-UtusanBorneo


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...