Undilah bagi saya jatuh - Tun M


KUALA LUMPUR 28 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi cadangan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya membuat satu undian awam bagi menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Kata Dr. Mahathir, ini kerana jawatannya telah pun dipilih oleh rakyat dan tidak boleh ditukar sesuka hati.

"Kalau dia hendak boleh undi, undilah bagi saya jatuh. Dahulu, kita ingat pada satu masa dahulu, ada TMJ yang telah ditukar. Dululah. Bagi kepada adik dia jadi TMJ. Jadi, TMJ boleh tukar.

"Perdana Menteri cuma rakyat sahaja boleh tukar, bukan 'nangoi-nangoi'. Dia ingat, kata orang besar. Dia bukan orang besar, orang kecil saja," katanya dalam satu rakaman sidang media di Beijing sempena lawatan rasmi ke China, hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Tunku Ismail dalam satu rakaman video tular yang dikatakan mengemukakan cadangan menukar Perdana Menteri berbanding jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora sewaktu beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor selepas perlawanan Kejuaraan Liga AFC.

Tunku Ismail berkata demikian bagi menyahut laungan seorang penyokong JDT yang memintanya menukar jurulatih pasukan berkenaan.
Menurut video berkenaan, seorang penyokong berkata, "tukar Mora!" yang merujuk kepada jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Kemudiannya, kenderaan uliti sukan (SUV) membawa TMJ tiba-tiba berhenti dan Tunku Ismail didengar sebagai berkata, "daripada tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri!" -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...