JKM Sarawak sedia bantu tiga beranak didakwa gelandangan


 KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan menyediakan bantuan diperlukan sebaik status tiga beranak yang didakwa gelandangan berhampiran Masjid Bahagian di sini, diketahui.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar) berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai untuk mendapatkan maklumat  lanjut daripada ibu dan anaknya itu.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk mengesan ketiga-tiga mangsa gagal namun pihaknya akan meneruskan pencarian selepas ini.

"Ibu dan anak yang bergelandangan ini akan ditempatkan di Anjung Singgah untuk sementara waktu sebelum tindakan lanjut diambil bagi membantu mangsa tersebut.

"Tindakan seterus akan diambil mengikut situasi sebenar keadaan mangsa sama ada dikategorikan sebagai orang papa atau pengemis," kata Fatimah  ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Ditanya bentuk bantuan yang akan diberikan kepada mangsa jika didapati gelandangan, Fatimah berkata bantuan akan diberikan di bawah Akta Orang Papa di mana mereka akan ditempatkan di Pusat Bina Diri berhampiran Batu 12 di sini.

"Wanita berkenaan akan diberi kemahiran bagi membantunya menjana pendapatan supaya  tidak perlu mengemis. 

"Bagaimanapun untuk masalah ini, saya fikir ia (masalah) lebih daripada itu,  sebab itu kita mahu tahu bagaimana kita dapat bantu kerana dia ada anak . 

"Jadi kita perlu lihat dari segi kebajikan anak-anaknya dan apa punca masalah supaya dapat kita atur strategi apa yang perlu dibantu setelah mendapatkan maklumat daripada wanita berkenaan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, JKM Bahagian Kuching hari ini berusaha untuk mengesan mangsa di lokasi atas jejantas berhampiran Masjid Bahagian di sini, namun gagal.

Fatimah dimaklumkan oleh pegawai terbabit bahawa operasi pencarian akan dilanjutkan malam ini.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...