Tujuh Buah Sekolah di Bintulu Terjejas Akibat Kemarau



BINTULU: Tujuh buah sekolah terjejas teruk akibat kemarau yang melanda bahagian Bintulu sejak beberapa hari lalu.

Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tatau telah mengagihkan bantuan awal sebanyak 4,378  kotak air minuman ke kawasan terbabit.

Malah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut membantu dalam proses penghantaran air minuman di kawasan yang jauh dalam kapasiti besar.

Sekolah-sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tau, SK Kuala Muput, SK Sg Bagian, SK Rumah Kesing, SK Kuala Annau, SK Rumah Tayai dan SK Rumah Barau.

Menurut Pegawai JKM Bahagian Bintulu, Taddy Ajin, pihaknya melakukan langkah yang proaktif dengan memastikan bekalan air dapat dihantar dengan kadar segera.

“Musim kemarau menyebabkan banyak kawasan terjejas terutamanya di kawasan yang bergantung kepada punca air graviti (telaga)," katanya.

Tambahnya lagi, penduduk yang terjejas kemarau harus memaklumkan segera kepada  pejabat JKM terdekat bagi memastikan permohonan dapat diproses mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Pihak kami  juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam proses menyalurkan bantuan ini," ujarnya.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...