Tiga pelajar cedera bas sekolah terbalik





BINTULU: Tiga orang pelajar mengalami kecederaan ringan apabila bas sekolah dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di kawasan lampu isyarat Taman Tinggi di sini, hari ini.

Kejadian sekitar 6.15 pagi itu turut menyebabkan wanita yang memandu van sekolah, 38, dan pemandu kereta, 48, cedera ringan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kemalangan itu, van sekolah menuju Medan dari Taman Bandar Jaya telah terbalik setelah berlanggar dengan kereta dari arah Medan yang memasuki Jalan Johari Sunam tanpa berhenti di lampu isyarat.

"Siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya ini berlaku dari kecuaian pemandu kereta yang bertindak membelok di lampu isyarat semasa lampu isyarat merah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata kesemua tiga pelajar yang berusia antara 10 hingga 16 tahun, dan pemandu kedua-dua kenderaan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...