PM setuju dengan pindaan Perkara 1(2), bacaan pertama dijadual esok - Liew



 


 KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) mengumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan
Semenanjung Malaysia rakan kongsi setara.

Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, Liew berkata bacaan pertama pindaan itu akan diadakan esok (4 April 2019).

"Perdana Menteri telah mempersetujui pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dan saya telah mendapat pengesahan bertulis," katanya dalam kenyataan itu.

"Bacaan pertama akan dilakukan oleh saya sendiri pada 4 April, manakala bacaan kedua dan ketiga akan diadakan pada 9 April oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tambahnya.

Turut dinyatakan mesyuarat pra majlis dan taklimat kepada Ahli Parlimen akan diadakan esok pada pukul 1 tengah hari di Parlimen.

Kenyataan itu juga memberitahu notis pemberitahuan kehadiran wajib pada 9 April diberikan kepada semua Ahli Parlimen, menteri-menteri Kabinet dan menteri-menteri kerajaan.

Sebelum ini Liew berkata usul sudah disediakan dan menunggu ditandatangani sebelum dikemukakan kepada Pejabat Dewan Rakyat untuk kelulusan dan dibentangkan.

"Selepas dibentangkan, orang ramai boleh memberi pandangan mengenai usul ini kepada wakil rakyat masing-masing dengan itu mereka boleh membincangkannya," ujar Liew.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...