Tiga Feri Beroperasi Di Pengkalan Feri Sebuyau / Triso Muara Batang Lupar
KUCHING: Sebuah lagi feri tambahan berkapasiti 32 kenderaan yang memulakan operasinya pada 14 April lalu telah menjadikan jumlah keseluruhan tiga (3) feri beroperasi di Pengkalan Feri Sebuyau Triso.
Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi dalam sebuah kenyataan hari ini, operasi feri di Pengkalan Feri Sebuyau Triso ini berada di laluan Jalan Pesisir Sarawak yang menghubungkan kawasan Sebuyau di Samarahan dan Triso-Maludam-Pusa di Bahagian Betong.
Mengikut statistik dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri ini meningkat pada suku ke-4 2018 selepas siapnya jambatan Samarahan pada tahun lepas.
Tambah kenyataan itu lagi, sejumlah 31,331 kenderaan dicatat pada Oktober 2018, meningkat kepada 33,427 pada November 2018 dan seterusnya sejumlah 43,933 kenderaan dicatat pada Disember 2018 menggunakan perkhidmatan feri ini.
Pertambahan operasi feri ketiga ini mampu mengurangkan masa menunggu pada waktu puncak terutama ketika hujung minggu, musim perayaan dan musim cuti sekolah daripada 4 jam setengah kebiasaannya kepada 2 jam.
Pengguna-penguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri di seluruh Sarawak dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama semasa menggunakan perkhidmatan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...

-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment