Tempoh enam tahun akan datang Sarawak semakin “sibuk”



KUCHING: Sarawak akan menjadi lebih “sibuk” dalam tempoh masa 6 tahun dari sekarang apabila kerajaan negeri akan memfokuskan pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, peruntukkan yang digunakan sepanjang tempoh tersebut mencecah RM16 bilion yang melibatkan pelbagai projek pembangunan berkaitan.

Jelasnya, setiap wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) akan disediakan peruntukkan dibawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) termasuk Ahli Parlimen GPS, lebih RM700 juta setahun untuk melaksanakan projek di kawasan masing-masing.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Sarawak Kali Ke-20 Tahun 2019 di Kuching.

Tambah Ketua Menteri Abang Johari, setiap projek pembangunan infrastruktur itu akan melibatkan kontraktor Bumiputera Kelas F yang akan dipilih melalui undian.

Beliau turut mengingatkan supaya kontraktor yang dipilih menjalankan kerja dengan penuh amanah dan menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin.SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...