GPS sambut baik penubuhan PSC

1. Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pengumuman Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Liew Vui Keong, berhubung penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

2. GPS juga gembira dan menyambut baik persetujuan VK Liew untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu.


3. Ini membuktikan keikhlasan Kerajaan Persekutuan khususnya YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam meneruskan rundingan berhubung perkara itu, seterusnya mengembalikan hak-hak dan keistimewaan Sarawak yang telah lama terhakis.

4. Penubuhan PSC berkenaan juga selari dengan cadangan GPS supaya jawatankuasa pilihan khas ditubuhkan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan pindaan itu, seperti disuarakan Ahli-Ahli Parlimen GPS di Dewan Rakyat.

5. Kita berterimakasih kepada Kerajaan Persekutuan dan berharap dengan penubuhan jawatankuasa itu, isu pindaan itu dapat dibincangkan secara terperinci dan lebih menyeluruh, sebelum dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat.


Dato’ Sri Fadillah Yusof
Ketua Whip
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(21 April 2019)

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...