Suspek kes jenayah cuba lari, agresif





SIBU: Seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi, ragut dan pecah rumah berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri di Lorong Sentosa Barat di sini, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, terdahulu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu dan Task Force Lanang diketuai Inspektor Kumar memperkenalkan diri kepada suspek, 26, di tempat kejadian sekitar jam 2.30 petang.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah belakang rumah dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tindakan agresif suspek telah menyebabkan salah seorang anggota polis mengalami keretakan tulang telapak tangan dalam pergelutan itu, tambahnya.

Menurut Martin lagi, suspek yang menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas seterusnya digari dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek pernah melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak polis dari Balai Polis Lanang sebelum ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” tambah beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...