Seluruh Negeri Sarawak Barang Naik, bukan hanya di Bario YB Chong

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius kenaikan harga barang keperluan di kawasan Bario meskipun subsidi pengangkutan dan proses tender telah diluluskan.

Timbalan Menteri PDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya memandang serius jika kontraktor yang mengangkut barang keperluan ke Bario tidak menjalankan tugasnya meskipun telah dilantik dengan sewajarnya.

"Kita telah melantik kontraktor yang mengangkut barang keperluan bersubsidi ke kawasan Bario pada 1 April lalu.

"Oleh itu, kita tidak akan bertolak ansur dengan kontraktor yang liat menjalankan tugasnya demi kepentingan rakyat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Cheing Jen berkata demikian ekoran terdapat laporan menyatakan penduduk di kawasan Bario masih membayar RM65 untuk mendapatkan gas LPG sedangkan selepas subsidi harganya ialah RM26.60.

Bertindak atas laporan itu juga, beliau mengarahkan kakitangannya untuk menjalankan siasatan segera.

"Sekiranya laporan itu benar dan kontraktor tidak dapat memberikan sebab munasabah, maka, tindakan tegas akan diambil termasuk menggantung perkhidmatan mereka.

"Di bawah kontrak subsidi pengangkutan, kita membayar kontraktor yang mengangkut tujuh jenis barang keperluan termasuk gas LPG ke kawasan pedalaman," jelasnya.

Katanya, pada tahun ini, sebanyak RM140 juta diperuntukkan bagi program subsidi pengangkutan apabila RM80 juta daripadanya dikhususkan untuk Sarawak.

"Malah, kita menerima pakai sistem tender terbuka dalam melantik kontraktor berbanding sebelum ini menggunakan sistem rundingan langsung.

"Oleh itu, terdapat kelewatan dalam pelaksanaan program tersebut yang sepatutnya dimulakan awal tahun ini," ujarnya.-SuaraSaraw

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...