Sebanyak 166 unit Rumah Spektra Permata dibina di Kemuyang



 


SIBU: Kerajaan Sarawak akan membangunkan sebanyak 166 unit rumah mampu milik bagi fasa pertama di Kemuyang di sini hari ini.

YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, kesemua rumah setingkat atas tanah dan setingkat atas tanah itu akan dibina menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Menurut beliau, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) akan bersama membangunkan rumah mampu milik yang dikenali Rumah Spektra Permata itu.

"HDC akan membina 86 unit rumah, manakala LCDA membina 76 unit rumah lagi bagi golongan yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah.

"Harga rumah yang dibina ini adalah RM90,000 hingga RM120,000. Projek ini akan dimulakan pada bulan Mei 2019 dan dijangka siap pada June 2020," katanya dalam satu media selepas melakukan 'walkabout' di Tapak Projek Rumah Spektra Permata di Kemuyang, hari ini.

YAB Ketua Menteri menambah, rumah yang dibina ini mempunyai keluasan 820 kaki persegi, tiga bilik tidur, (2) bilik mandi, (1) ruang makan, (1) ruang dapur dan (1) ruang tamu. 

Jelas beliau, HDC menerusi Mutiara Morgage & Credit Sdn. Bhd akan menyediakan kemudahan pinjaman untuk pembeli rumah.

"Pemilik rumah nanti juga dapat membesarkan rumah mengikut kemampuan masing-masing," katanya. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...