PRK Parlimen Sandakan 11 Mei



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei ini.
Penamaan calon ditetapkan pada 27 April dan mengundi awal pada 7 Mei, sekali gus menyaksikan enam hari tempoh berkempen dan hari pengundian berlangsung dalam bulan puasa.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, berkata seramai 40,131 pemilih layak mengundi mengikut Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 28 Mac lalu.

“Ia merangkumi 39,856 pengundi biasa, 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam pada 10 Mei,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Azhar berkata, SPR bersetuju melantik Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain, sebagai Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan, manakala kos PRK itu dianggarkan RM3.1 juta.

AZHAR Azizan ketika sidang media Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, Sabah di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

“SPR akan menggunakan Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

“Seramai 770 petugas dilantik mengendali proses PRK ini dan 21 pusat mengundi mengandungi 92 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi,” katanya.
Sementara itu, katanya, SPR menyasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK berkenaan.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt, 65, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Pengerusi DAP negeri, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Fatt mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 19,094 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lim Ming Hoo yang mendapat 8,996 undi.

Pada PRU-13, Tien Fatt merampas kerusi itu daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dengan majoriti 1,088 undi menewaskan bekas Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong yang kemudian menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada PRU-14 dan kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)


AZHAR Azizan (kanan) bersama Timbalan Pengerusi SPR, Prof Dr Azmi Sharom dan Mohd Hamsan Awang Supian melihat peta kawasan Sandakan selepas sidang media Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, Sabah di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...