Dato Sri JC Fong
KUCHING: Pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak mengubah status Sarawak dan Sabah di Persekutuan Malaysia.
Penasihat Undang-Undang Sarawak, Dato Sri JC Fong berkata, selepas pindaan, masih terdapat 13 negeri, termasuk Sarawak dan Sabah sebagai Fasal (2) dalam rang undang-undang (RUU) dipinda yang dibaca:
Negeri-negeri Persekutuan hendaklah:
(a) Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu, dan
(b) Sarawak dan Sabah.
"Kita masih Negeri. Ia tiada bezanya malah kita sudah mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah sebuah Negeri," katanya.
Fong menambah Artikel 1(2) tidak dapat dipinda tanpa meminda definisi "Persekutuan".
"Definisi 'Persekutuan' dalam Artikel 160(2) menyebut:
"Persekutuan bermakna Persekutuan yang ditubuhkan dui bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.
"Tanpa meminda definisi itu, Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.
Definisi Persekutuan harus diubah kepada "Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)".
Ini bermakna bahawa kita memberi pengiktirafan di bawah perlembagaan kepada MA63 kerana buat masa sekarang MA63 tidak ada sokongan perlembagaan, katanya.
Fong menasihatkan agar pindaan kepada perlembagaan dikaji dengan teliti dan berhati-hati supaya ia memberi kesan yang diinginkan iaitu memberi pengiktirafan perlembagaan kepada MA63, memulihkan status Sarawak dan Sabah kepada kedduukan seperti pada Hari Malaysia dan menyelesaikan isu-isu lain berkaitan kewangan, minyak dan rizab gas asli, pelantar benua dan perairan wilayah.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment