Ponek pelacur



 
SIBU: Hajat seorang lelaki untuk melanggan pelacur tidak kesampaian apabila dia dirompak oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Temple, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pengadu, 32, seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat kereta sewa di Saratok ketika kejadian baharu keluar dari sebuah pusat hiburan di Jalan Tan Sri pada pukul 12.30 pagi.

Katanya, selepas memesan minuman keras, pengadu merasa pening dan bertindak keluar sekitar 2.30 pagi.

Katanya, pengadu kemudian mengambil motosikalnya lalu pergi ke kawasan pasar malam di Jalan Market kerana mahu melanggan pelacur.

 "Namun semasa berada di kawasan pasar malam, tiba-tiba, dia didatangi dua lelaki dari arah hadapan yang terus memukul pengadu dengan menggunakan tangan menyebabkan pengadu jatuh bersama motosikalnya.

"Semasa jatuh kedua-dua suspek terus mengambil telefon dan wang milik pengadu yang disimpan dalam beg pinggang dan kemudian kedua-dua lelaki itu melarikan diri," katanya.

Mangsa bengkak di dahi serta pipi kanan dan kiri akibat dibelasah dan tidak sempat mengecam muka suspek kerana pengadu terlalu mabuk, lantas membuat laporan polis sejurus itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa melakukan rompakan.

UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...