Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan sangat samar - Hasidah


 


 
KUCHING: Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status rakan setara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung disifatkan sebagai 'sekadar melepaskan batu di tangga'.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (gambar), Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini juga kelihatan sangat samar.

"Saya tidak rasa (pindaan) mempunyai sebarang kesan. Pindaan ini tidak menukar fungsi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Fungsinya tidak ada beza," katanya kepada The Borneo Post hari ini.

Sharifah Hasidah yang kini berada di China berkata beliau akan meneliti RUU itu sebaik kembali ke Sarawak esok.

Bacaan pertama RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Bacaan kali kedua RUU tersebut juga akan dibentang pada persidangan kali ini.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...