Perbicaraan kes SRC: Najib tiba di Kompleks Mahkamah, ditemani anak lelaki




DATUK Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, untuk proses perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd, sebentar tadi.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, untuk proses perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd, sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri itu tiba pada jam 1.50 tengah hari dengan menaiki kereta Proton Perdana hitam bernombor TN50 diiringi sebuah kereta peronda polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dikawal ketat anggota polis, manakala penyokong membaca doa selamat kira-kira tiga minit sebelum beliau dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

DATUK Seri Najib Razak bersama penyokong membaca doa selamat sebelum beliau dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja putih dan bertali leher.

Beliau yang hadir dengan ditemani anak lelakinya, Norashman Najib, kelihatan tenang ketika berdepan media dan orang ramai. Bagaimanapun, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak dilihat bersama mereka.

Pekarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti ‘Bebas Najib’ dan ‘Hidup Najib’ oleh kira-kira 20 penyokong yang hadir sebagai tanda solidariti dan sokongan kepadanya.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...