Anggota JPJ maut dalam nahas di Jalan Lundu-Bau





Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan tersebut.

LUNDU: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 15 Jalan Lundu-Bau sekitar pukul 3 pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa Rokeo Andrew Achin,40 tahun berasal dari Kampung Senibong, di sini.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal dari arah Bau dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta.

“Pemandu kereta cuba mengelak melanggar mangsa tetapi gagal lalu merempuh mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“‘Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lundu untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua kenderaan yang terlibat kemalangan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk pemeriksaan Puspakom,” kata Alexson.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...