Pencuri larikan papan tanda Lebuhraya Pan Borneo

TINDAKAN pencuri melarikan lampu amaran dan papan tanda di tapak pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo bukan saja menyusahkan orang ramai, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Difahamkan, kegiatan suspek berusia 27 tahun terbongkar apabila polis menemui peralatan berkenaan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ruby, Sibu, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan.
“Suspek menunjukkan sendiri lokasi barangan berkenaan disembunyikan di belakang kediaman itu.
“Antara barangan ditemui tiga keping papan tanda (penunjuk arah) dan lapan unit lampu amaran jalan, satu unit pam air serta dua gulung wayar alat pengimpal,” katanya.
Beliau berkata, turut ditemui satu kotak mengandungi lapan unit telefon bimbit dipercayai dicuri dari kedai di bandar ini.
“Barangan itu disimpan dalam bilik tidur di lokasi serbuan. Turut ditemui barangan curi lain seperti televisyen, satu kamera litar tertutup (CCTV) dan komputer riba,” katanya.
Katanya, dalam serbuan sama, polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri.
“Polis juga giat mengesan seorang lagi suspek berusia 29 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan curi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...