Pelaburan Dalam Pendidikan Penting Demi Masa Depan Pengajian 



SIBU: Ibu bapa zaman kini mesti berani membuat pelaburan dari segi kewangan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak, YB Dr Anuar Rapaee berkata, adalah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka melangkah ke alam menara gading.

Menurutnya, dalam merealisasi cita-cita itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi ibu bapa membuat tabungan persiapan awal.

"Namun begitu, Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Saawak juga memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak Sarawak selepas mereka menamatkan pembelajaran pada peringkat sekolah.

"Ini kerana, adalah menjadi amanah kepada Kerajaan Sarawak bagi menyediakan bantuan pinjaman bagi melahirkan golongan modal insan yang berjaya dan berkualiti," katanya semasa Majlis Pelancaran Jerayawara Pendidikan Yayasan Sarawak 2019 di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Anuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak memberitahu, kumpulan ketua masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membantu mengenalpasti golongan pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Katanya, pendekatan ini penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kita juga memberi peluang kepada mereka yang kurang berjaya dalam bidang akademik melanjutkan pengajian ke bidang kemahiran teknikal," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...