Lelaki terlibat dadah dicekup di Sibu




Lelaki diberkas susulan penemuan dadah (gambar kecil) di rumahnya hari ini.

SIBU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dan penjualan dadah di sebuah rumah Jalan Hua Kiew, di sini hari ini.

Serbuan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sekitar pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam operasi yang diketuai oleh Inspektor Kalidasan Prasad, polis tidak menjumpai dadah pada badan suspek ketika pemeriksaan dibuat.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di ruang dapur menemukan ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 5.05 gram.

"Hasil pemeriksaan lanjut di tepi almari bahagian dapur rumah tersebut, polis menjumpai satu peket sederhana kecil mengandungi 11 paket plastik kecil lutsinar masing-masing berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

"Polis telah merampas semua dadah tersebut untuk dijadikan sebagai barang kes," katanya dalam satu kenyataan.
Stanley berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an mempunyai tiga rekod jenayah narkotik lampau.

"Suspek ditahan di balai dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sibu," ujarnya.

Stanley berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...