Miri Kembali Berjerebu, 12,700 Penutup Mulut Diagihkan Kepada Pelajar Sekolah

MIRI: Sebanyak 12,700 keping penutup mulut diagihkan kepada 8 buah sekolah yang terjejas akibat daripada jerebu yang kembali melanda di sini.

Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak YB Datuk Lee Kim Shin berkata pemberian penutup mulut ini membolehkan anak-anak kita bernafas dalam keadaan terkawal.

"Sebanyak 8 buah sekolah di kawasan terjejas di Kuala Baram, Permyjaya dan Senadin menerima sumbangan penutup mulut ini.

"Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Chung Hua Tudan menerima 1,400 keping penutup mulut, Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan 1,550 keping, SK Senadin 1,450 keping dan Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) 2,650 keping.

"Turut menerima SK Kuala Baram 1 menerima 150 keping, SK Kuala Baram 2 700 keping, SK Merbau 1,750 keping dan SMK Merbau 3,050 keping," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan penutup mulut bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak di sini, petang ini.

Terkini, jerebu kembali melanda Miri akibat daripada jerebu rentas sempadan selepas kebakaran hutan dan tanah gambut di Sempadan Brunei-Sarawak yang memasuki kawasan Ladang Borneo Agro Plantation Industrial Kuala Baram.

Ketika ini Bomba Negara Brunei berusaha memadam kebakaran dengan menggunakan 'water bombing' di sebelah Brunei dan Bomba Malaysia menggunakan 'direct attack' dari ladang ke sempadan. 






No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...