Mekanisme pembayaran kontra RM1 bilion akan diumum


KUCHING: Kementerian Pendidikan dijangka mengumumkan mekanisme pembayaran kontra RM1 bilion seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini dengan Kerajaan Sarawak.


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih dibincang secara terperinci di antara kedua-dua pihak.


“Kita dalam usaha untuk menjadikannya menjadi realiti. Namun kita akan umumkannya apabila tiba waktunya nanti,” katanya ringkas selepas ditemui media di sini hari ini.


Terdahulu beliau telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.


Hadir sama, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, YB Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.


Sebelum ini, Putrajaya menerusi Kementerian Pendidikan telah menolak kaedah pembayaran kontra RM1 bilion dengan Kerajaan Sarawak dalam usaha menangani isu sekolah-sekolah daif di negeri ini.


Pada Februari lepas, mekanisme bayaran kontra itu telah pun dipersetujui antara Ketua Menteri dengan Dr Maszlee Malik.

Dimaklumkan bahawa pinjaman RM1 bilion berkenaan dibayar sebagai bayaran pendahuluan dan bukannya secara kontra.


Dalam pada itu, Dr Maszlee memberitahu, Sarawak akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.


“Hasil pertemuan dan perbicangan, Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menjadi negeri pertama yang melaksanakannya kaedah pengajaran dan pembelajaran berkenaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...