Maut langgar belakang lori


 


Keadaan kereta dipandu mangsa selepas melanggar lori berkenaan hari ini.

SIBU: Seorang pemuda maut apabila kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Batu 40, Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 6.15 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Tading Renang, 28, yang berasal dari Rumah Jarau Sungai Kua, Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori yang dipandu oleh seorang lelaki, 26, dari arah Bintulu ke Sibu tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang dipandu mangsa.

Katanya, mangsa kemudian dibawa oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Selangau manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jimmy berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kedua-dua kenderaan telah ditahan di Balai Selangau sebelum dihantar menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...