Ahmad Johnie kecewa KKR enggan teruskan projek Jambatan Igan



KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) tetap enggan meneruskan pelaksanaan projek Jambatan Batang Igan di bawah peruntukan Kerajaan Pusat sebaliknya menyerahkan pelaksanaannya kepada Kerajaan Sarawak.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, cadangan projek Jambatan Batang Igan di Bahagian Mukah terletak di laluan pesisir pantai negeri Sarawak dan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Justeru kata Baru, KKR mengambil maklum bahawa pelaksanaan projek berkenaan perlu diteruskan dengan peruntukan Kerajaan Sarawak.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai sepenuhnya pembinaan Jambatan Igan bernilai RM305 juta selain Jambatan Rambungan bernilai RM100 juta dan Jambatan Batang Lupar dengan kos RM1 bilion dibiayai secara 50-50 antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

Bagaimanapun sebaik menang PRU-14, Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja mengambil keputusan tidak meneruskan projek tiga jambatan di Sarawak itu sepatutnya dilaksana di bawah KKR, malah bajet untuk penyelenggaraan jalan di Sarawak juga telah dikurangkan.

Terdahulu Ahmad Johnie berasa amat dukacita dengan jawapan diberikan Menteri Kerja Raya berasal dari Sarawak itu yang sepatutnya memperjuang keperluan infra untuk Sarawak, bukannya mengambil keputusan tidak memihak kepada Sarawak.

Beliau berkata, sepatutnya Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan perlaksanaan projek ini kerana keperluannya amat mendesak khususnya dari segi impak ke atas sosio ekonomi penduduk di kawasan Parlimen Igan.

“Kerajaan Persekutuan sebelumnya telah melulus RM305 juta untuk projek ini.

Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa melaungkan hasrat mengimbangi jurang pembangunan di antara luar bandar dan bandar sepatutnya meneruskan projek Jambatan Batang Igan ini.

“Sebab itulah setiap kali berbahas di Dewan Rakyat, saya sering membangkitkan isu ini kerana saya amat prihatin akan kesejahteraan hidup rakyat di luar bandar dalam konteks menaikkan taraf ekonomi rakyat,” katanya.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...