Mati ayam korang kerjakan


SERAMAI 14 individu termasuk dua warga Indonesia ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan sabung ayam di sebuah rumah panjang di Suai, Miri, semalam.


Ketika serbuan dilakukan, semua suspek lelaki berusia antara 34 hingga 61 tahun sibuk membuat pertaruhan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, selain Miri semua kaki judi yang ditahan itu turut berasal dari Bintulu, Kapit dan Baram.

“Turut dirampas satu unit alat penimbang, dua ekor ayam laga yang sudah mati, empat ekor ayam laga hidup dan sekeping papan putih tercatat butiran wang pertaruhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada warga Indonesia yang ditahan juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dipercayai memasuki negara ini secara haram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” katanya.-HarianMetro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...