Mahu mohon bantuan RM1,200 tapi rugi RM2,850




TERPIKAT dengan usaha wanita yang ingin membantunya mendapatkan wang bantuan kerajaan RM1,200 selain RM350 sebulan, wanita warga emas menanggung kerugian RM2,850 apabila dia dirompak di Jalan Paip, Sri Aman Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu didatangi wanita tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah farmasi di Jalan Sabu Lama di sini sebelum dibawa menaiki kereta dipercayai Proton Saga putih.

Warga emas itu kemudiannya dimaklumkan wanita itu dan dua lagi lelaki di dalam kereta itu bahawa mereka akan membantunya mengisi borang bantuan serta mengambil gambar.

Bagaimanapun, setibanya di Jalan Paip yang terletak 11 kilometer dari lokasi mangsa diambil, mereka mengarahkan mangsa turun kereta dan meninggalkan beg tangannya.

Mangsa yang enggan menurut arahan itu ditolak ke tepi jalan sebelum ditinggalkan dan mereka melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM350, barangan kemas serta buku pelaburan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu sambil mendedahkan sindiket penipuan bantuan kebajikan kembali aktif di negeri itu dan warga emas itu adalah mangsa terbaru sindiket.

Katanya, empat kes sama dilaporkan tahun ini sehingga semalam dengan nilai kerugian RM17,880.

“Tahun lalu, 31 kes sama dilaporkan membabitkan kerugian RM390,425.

“Mangsa berusia 63 tahun itu adalah mangsa terbaru selain seorang lagi warga emas berusia 72 tahun yang diperdaya sindiket sama di Betong dengan kerugian RM1,560,” katanya.-HarianMetro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...