LIMA SEKELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG


 LIMBANG: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kayu yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di Rh Banta Kampung Entangis di sini, malam tadi. 

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, api yang marak memusnahkan keseluruhan struktur rumah tersebut dalam kejadian yang berlaku pukul 9.16 malam.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai oleh PBK II Zakaria Mat Nor yang tiba di lokasi berjaya mengawal kebakaran dan api dapat dipadamkan sepenuhnya sekitar 10.12 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rumah berkenaan yang didiami oleh keluarga saudara baru yang memeluk Islam, Mani Kuok atau Mohd Hafiz Abdullah bersama ahli keluarga yang lain. 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.-UtusanBorneo










No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...