Liga Perdana: Sarawak, Kelantan kongsi mata di Kuching

KUCHING: Pasukan Sarawak yang dibarisi sebahagian besar pemain muda berjaya mengimbangi skuad berpengalaman Kelantan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Negeri di sini, hari ini.


Penolong Jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail berkata walaupun purata barisan pemainnya berusia 23 tahun, tetapi anak buahnya menunjukkan permainan yang matang sehingga mampu menguasai keseluruhan perlawanan.

“Kita berjaya mencipta banyak peluang pada babak kedua perlawanan namun gagal memanfaatkan sepenuhnya. Biasalah pemain muda, mereka terlampau ‘gelojoh’ untuk mencari gol sehingga mensia-siakan peluang keemasan.

“Saya percaya mereka memperoleh banyak pengalaman pada perlawanan tadi dan kita juga dapat mengenal pasti kelemahan untuk diatasi pada perlawanan akan datang,” katanya selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, ayam tambatan Ngap Sayot, Bobby Gonzales meledak gol awal pada minit keenam sebelum penyerang antarabangsa Afghanistan, Mustafa Zazai menyamakan kedudukan buat Kelantan pada lewat babak pertama untuk kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Marko Kraljevic menyifatkan barisan pemainnya sebagai lambat panas dan hanya mempamerkan persembahan terbaik di separuh masa kedua perlawanan.

“Kita lambat untuk menyerlah menyebabkan kita bolos satu gol beberapa minit kemudian. Pada akhir babak pertama, kita bermain lebih baik dan berjaya menyamakan kedudukan.

“Pada babak kedua, bahagian serangan menimbulkan masalah. Kita gagal membuat penyudahan yang baik dan keputusan seri dikira cukup baik kerana berjaya mengutip satu mata,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...