KUCHING: Nama mereka sama.
Tetapi persamaan dari segi nama bukan bermakna mereka sentiasa bersefahaman.
Buktinya, apabila dua orang jiran beselisih faham gara-gara bunyi muzik yang kuat dan mengganggu.
Pada 10.30 malam 18 April lalu, Farizal Ismail, 23, telah memukul Farizal Bohri di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bintawa Ulu di sini.
Pada malam berkenaan mangsa dikatakan berada di rumah beliau, lalu diserang dua orang lelaki — dua orang dikenali sebagai Bujang dan Lebab.
Kedua-dua mereka memukul mangsa dengan sebuah topi keledar dan sebatang rotan.
Mangsa dikatakan dipukul kerana tidak puas hati kerana berbuat bising dengan bunyi muzik radio di rumahnja.Mangsa cedera akibat pukulan berkenaan.
Dia lalu dibawa ke hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.
Di mahkamah majistret semalam, Farizal Ismail mengaku salah atas tindakannya itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Dia dikenakan denda RM2,000 atau empat bulan penjara setelah mengaku mencederakan jiran sebelah rumahnya dengan menggunakan topi keledar.
Majistret Nurulhuda Mohd Yusof juga mengenakan hukuman berkenaan terhadap Mohd Affizul Jemali, 23. Setelah beliau mengaku bersalah terhadap kes yang didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan.-SarawakVoice
No comments:
Post a Comment