Lebih 2,000 unit rumah mampu milik dibina dalam dua tahun




Dr Sim  (tengah) ditemani Christopher (dari kiri), Sim Kiang Chiok, Steve dan Augustine pada sidang media disini, hari ini.

KUCHING:Kerajaan negeri akan membina sekitar 2,500 unit rumah mampu milik menerusi Projek Rumah Spektra Permata dalam tempoh dua tahun (2019-2020).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata setiap unit rumah berkenaan akan dibina diantara 700 kaki persegi sehingga 820 kaki persegi.

"Kerajaan akan membina rumah teres setingkat kepada rumah setingkat berkembar bagi mereka yang berkelayakan iaitu mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

"Projek tersebut sepertimana yang telah diumumkan Ketua Menteri akan dibina semua lokasi di seluruh Sarawak," katanya ketika pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pameran Kediaman Pertama dan Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) cawangan Kuching 2019 di sini, hari ini.

Antara lokasi yang ini dalam pembinaan adalah di Darul Hana dengan 560 unit, Kampung Bunga Rampai  (122 unit) masing-masing di Kuching,  Kemuyang, Sibu (110 unit), Lundu (26 unit), Sematan (25), Igan dan Mukah (22 unit), Kampung Tian, Matu (20 unit) dan Kampung Rangau, Limbang (128 unit).

Sementara, bagi projek yang dalam perancangan adalah di  Kampung Selipar Putus Tabuan Melayu (200 unit) di Kuching, Permyjaya, Miri (278 unit), Lundu (240 unit), Kanowit Fasa II (98 unit), Sibuloh, Bau (164), Spaoh, Betong (162 unit), Kampung Salak Kuching (224 unit), Sambir, Samarahan, Sebuyau dan Betong masing-masing 50 unit.

Pihaknya juga sedang berbincang dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi mencari lokasi strategik untuk pembinaan projek berkenaan di Bintulu setakat ini.

Sementara itu SHEDA turut mengadakan pameran dengan penyertaan 36 pempamer hartanah bermula hari ini hingga 7 April  ini di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan.

Pada 12 sehingga 14 April akan diadakan pameran yang sama di Wisma Sanyan, Sibu dan 10 sehingga 12 Mei di Commerce Square Mall Bintulu.

Bermula 1 Januari sehingga 30 Jun semua hartanah yang dibeli kali pertama akan diberikan 10 peratus Duti Setem (Pengecualian) bersempena dengan Kempen Pemilihan Rumah Kebangsaan (HOC) 2019.

Turut hadir sama adalah Presiden SHEDA, Dr Christopher Ngui, Pengerusi Penganjur Rumah Pertama Pameran Hartanah 2019, Steve Tan, Timbalan Presiden SHEDA, Augustine Wong dan Pengerusi cawangan SHEDA Kuching, Sim Kiang Chiok.
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...