Tiga lelaki ditangkap disyaki terlibat curi motosikal di Bintulu





Komponen motosikal yang ditemui semula dirampas oleh pihak polis daripada suspek.

BINTULU: Polis berjaya menangkap tiga lelaki di kawasan berasingan  di Sungai Plan, Tanjung Kidurong di sini malam Khamis, yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili, tiga suspek berumur 18 hingga 34 tahun itu ditangkap dalam Operasi Lejang yang diketuai Inspektor Nixon Malang pada pukul 9.30 malam.

"Penangkapan tiga suspek itu juga adalah hasil risikan maklumat pihak polis. 

"Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis telah menemui sebuah enjin motosikal serta lain-lain komponen motosikal yang telah dileraikan di hadapan sebuah rumah seorang suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati komponen dan enjin motosikal yang ditemui itu dari sebuah motosikal yang dilaporkan hilang pada 24 Mac lalu pada tahun ini di kawasan perumahan Lot Sungai Plan. 

Beliau berkata, suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motosikal.

Jika disabit kesalahan suspek  boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun. 

Jelasnya, semakan rekod jenayah mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah rompak dan curi kenderaan.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...