Komunikasi Dua Hala Warga Pendidik Dengan Ibu Bapa Lahir Modal Insan Berkualiti



BELAGA: Komunikasi dua hala antara warga pendidik dengan para ibu bapa yang efektif mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dan hebat.

Menteri Muda Bekalan Air Sarawak, YB Datuk Liwan Lagang berkata, tugas warga pendidik sekarang bukan sekadar mendidik dalam konteks memberi ilmu, namun bersama-sama ibu bapa membentuk golongan pelajar yang yang seimbang demi menyumbang kepada kesejahteraan negeri ini pada masa depan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) N.65 Belaga memberitahu, dalam usaha meningkatkan martabat modal insan di negeri ini, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk memulakan pembentukan masa depan hidup anak-anak zaman kini.

"Sekolah adalah tempat bagi menimba ilmu dan mendedahkan anak-anak kita kepada ilmu pengetahuan, gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.

"Ibu bapa yang ada anak harus menghantar anak mereka ke sekolah pada setiap hari persekolahan, jadi janganlah ganggu mereka kerana di sekolah dan asrama ada guru, warden dan pembantu pengurusan murid yang menjaga mereka," katanya semasa merasmikan Dewan Serbaguna, SK Long Segaham dekat sini semalam.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada masyarakat Segaham yang banyak membantu dalam perkembangan sekolah, di mana telah dibutikan SK Long Segaham berjaya dalam aspek akademik dan kokurikulum. 

"Sehubungan itu, jangan ragu-ragu lagi untuk menghantar anak bersekolah di SK Long Segaham dan jika kita menghantar anak-anak bersekolah di sekolah yang lain, nanti sekolah ini dengan sendirinya tidak ada pelajar.

"Maka ia mungkin akan digabungkan dengan sekolah lain, itu sudah pasti tidak baik kerana sekolah sudah ada dekat kita.

Percaya dan yakinlah, saudara saudari yang berdekatan dengan SK Long Segaham hantarlah anak-anak bersekolah ke sekolah ini dan mereka akan dijaga dengan baik," katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...