KENYATAAN MEDIA
1. Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi untuk menolak atau menyokong Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, sebaliknya telah memilih untuk tidak mengundi atau berkecuali berikutan keengganan Kerajaan Persekutuan menyetujui cadangan supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimasukkan di dalam pindaan berkenaan.
2. Pindaan itu dibuat secara terburu-buru dan tidak memenuhi tuntutan sebenar Sarawak. Kita berterimakasih kerana Kerajaan Persekutuan telah meminda pindaan asal selepas mendapat cadangan daripada pihak kita, namun pindaan berkenaan tidak dibuat sepenuhnya serta tidak memasukkan “pursuant to MA63”.
3. Pindaan Perkara 1(2) sahaja tidak memadai. Ia perlu disertai dengan pindaan Perkara 160(2) untuk mengelak kekeliruan mengenai tafsiran Persekutuan. Dalam Malaysia ada 2 Persekutuan iaitu – i) Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perjanjian Malaya 1957 dan ii) Persekutuan Malaysia yang diasaskan melalui Perjanjian Malaysia 1963. Namun Perjanjian Malaysia tidak dirujuk dalam mana- mana bahagian dalam perlembagaan.
4. Disebabkan kita tidak boleh meminda Perkara 160(2) di bawah peraturan mesyuarat, maka kita telah mencadangkan dimasukkan Perkara “pursuant to MA63” dalam pindaan kepada perkara 1(2).
5. GPS juga telah mencadangkan pindaan kepada definisi “federation”. Dalam Artikel 160 (2) dengan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) namun cadangan ini tidak dipersetujui.
6. Kita turut mencadangkan supaya Rang Undang - Undang ini dibawa untuk perbincangan lanjut di peringkat Jawatankuasa Khas (Special Select Committee) dan turut dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
7. Matlamat untuk menyamaratakan kedudukan Sabah, Sarawak dan Malaya berteraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) namun cadangan untuk memasukkan MA63 telah tidak dipersetujui Kerajaan Persekutuan. Cadangan pindaan berkenaan tidak bersifat menyeluruh sebaliknya hanya bersifat ‘tangkap muat’ semata-mata bertujuan memenuhi manifesto PH.
8. Bagi GPS, selain dari keinginan pengiktirafan status, apa yang lebih penting ialah untuk hak-hak dan keistimewaan Sarawak dikembalikan setelah lama terhakis. Kami juga ingin PH menunaikan manifesto mereka mengenai hak royati minyak dan gas, dan juga peruntukan pembangunan yang seharusnya diberikan.
Ahli-Ahli Parlimen
Gabungan Parti Sarawak
10 April 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...

No comments:
Post a Comment