Tegas beliau, Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 yang telah dipinda akan memperkukuhkan hak kawal selia kerajaan Sarawak terhadap sumber minyak dan gas.
"Kita (kerajaan Sarawak) juga telah menubuhkan Petronas Sarawak Bhd (Petros) yang antara lain mempunyai hak mengeluarkan lesen berkaitan operasi meneroka sumber minyak dan gas di Sarawak.
"Sekarang, mereka (syarikat cari gali minyak dan gas) perlu memberi salam kepada kita terlebih dahulu. Kalau hendak ambil minyak, tanya 'bapa' Sarawak dahulu.
"Kalau 'bapa' Sarawak kata boleh, barulah mereka boleh memulakan operasi mencari minyak dan gas di perairan Sarawak," katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan 'Sarawak Oil and Gas Seminar and Exhibition (SOGSE) 2019 di sini hari ini.
YAB Ketua Menteri menambah, meskipun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara itu, kerajaan Sarawak tetap tidak akan berkompromi berhubung hak penuh ke atas sumber minyak dan gas.
Jelas beliau, apa yang perlu ditekan sekarang ialah untuk memantapkan aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di negeri ini.
"Kini kita mempunyai Petros, begitu juga dengan OMO 1958 yang membolehkan kita menguatkuasakan undang-undang sah berkaitan indutsri minyak dan gas yang secara langsung memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
"Kita tidak mahu lagi rakyat kita dilihat 'miskin' lagi kerana Sarawak merupakan negeri yang kaya," tegas beliau.



Very good Sarawak Goverment.Proud of you and proud to be Sarawakian
ReplyDelete