Diberkas polis sejurus mendarat di lapangan terbang

KUCHING: Seorang suspek yang dikehendaki polis berhubung kes penipuan pekerjaan di Kemboja baru-baru ini ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki berusia 26 tahun ini ditangkap pada pukul 12.20 tengah hari.

"Suspek menaiki penerbangan dari Pontianak dan tiba di Kuching pada pukul 11.45 pagi tadi," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, suspek akan direman dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pendakwaan.

Ini merupakan suspek keenam ditangkap polis bagi membantu siasatan kes.

Kes penipuan pekerjaan itu mengakibatkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Penjara Banteay Meanchey pada 11 Disember lepas. Seramai 40 daripadanya merupakan anak Sarawak, dan bakinya dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Mereka dibebaskan menerusi rundingan antara kerajaan Malaysia dan Kemboja
Kesemua mangsa dibawa balik ke Malaysia pada 17 Februari lepas.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...