Angka 35 Peratus Pelajar Universiti 'Ok' Untuk Menerima Dan Memberi Rasuah Amat Meruncingkan

KUCHING: Angka 35 peratus pelajar di peringkat universiti yang diberikan hasil Kajian Institut Integriti Malaysia 2017 terlibat dalam menerima dan memberi rasuah merupakan suatu angka yang amat meruncingkan.

Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) YB Datuk Haji Talib Zulpilip angka itu amat meruncingkan dan jika tidak ditangani boleh menyebabkan usaha menghapuskan amalan rasuah menjadi sia-sia.

"Kajian Institut Integriti Malaysia 2017 menyatakan sebanyak 35 peratus pelajar universiti di Malaysia menyatakan "ok" untuk menerima dan memberi rasuah. 

"Hal ini mencerminkan keruncingan dalam isu integriti dalam kepimpinan masa depan yang akan diterajui oleh para belia masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di di Program Sarawak Youth Development: Integrity and Good Governance Dormani Rajah Court, semalam.

Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Pengantarabangsaan Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan Professor Madya Dr Firdaus bin Abdullah, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri Adana bin Haji Jed, wakil Timbalan Pengarah (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak Penolong Kanan Pesuruhjaya PKPj Chang Ching, Ketua Pegawai Integriti UNION Zulhairy Zaidel, Setiausaha Kehormat Sarawak Volunteers Khairul Anwar Shazali dan Pensyarah Kanan UITM Sarawak Nursuria binti Mahrif.

Datuk Haji Talib turut menceritakan seorang tokoh negara yang mengamalkan nilai integriti yang tinggi semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

"Contohilah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang sangat komited dalam mengamalkan nilai integriti tinggi sepanjang terlibat dalam perkhidmatan awam.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...