Belia perlu sumbang idea kepada pembangunan Sarawak - Abdul Karim Hamzah

ASAJAYA: Golongan belia di Sarawak perlu memikir dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri dengan menjangkau kepentingan diri mereka.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri menerusi kementeriannya bersedia menyediakan peruntukan bagi kumpulan sasar berkenaan merancang dan menjayakan aktiviti atau program berkaitan golongan belia.
Jelas beliau, ia merupakan antara usaha kerajaan Sarawak mengangkat martabat golongan belia yang cemerlang dan berjaya.
"Program jelajah belia yang diadakan ini juga merupakan platform untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia," katanya semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Jelajah Belia Sarawak 2019 di sini hari ini.
Datuk Abdul Karim menambah, golongan belia masa kini merupakan aset penting dalam menentukan hala tuju negeri.
Katanya, apa yang penting ialah bagaimana golongan belia terbabit menjadi kebanggaan kepada ibu bapa, masyarakat, negeri dan negara tanpa menjadi individu yang tidak mementingkan diri.
"Kerajaan Sarawak juga sentiasa bersedia menyediakan dana, ruang dan peluang kepada golongan belia sebagai pendorong kepada kejayaan mereka.
"Bagaimanapun, ini semuanya bergantung kepada diri, minda dan sikap belia itu sendiri. Jika beliau itu percaya akan berjaya, mereka pasti akan berjaya," katanya.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...