BAYI MENINGGAL DUNIA SELEPAS MAKAN EPAL LENYEK

Gambar hiasan

 
ALOR SETAR, 8 April : Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia apabila  tidak sedarkan diri selepas  diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuhnya di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling, hari ini.
 
 Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, bayi tersebut Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan diberi makan oleh pengasuhnya di ruang dapur taska berkenaan.
 
“Mangsa sedang diberi makan epal lenyek tiba-tiba menangis dengan kuat sebelum tidak sedarkan diri.
 
“Penyelia taska terbabit terus membawa mangsa ke Klinik Kupang dan ketika itu mangsa masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling dan sebaik tiba mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Shariffuddin berkata pemeriksaan mendapati tiada kesan luka atau lebam pada badan mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
 
Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian itu.-Bernama

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...