MAKLUMAT PENTING UNTUK RAKYAT SARAWAK DAN SABAH
Satu lagi pencerahan mengenai Perlembagaan Persekutuan 1963 . Artikel ini dari Peguam Shankar R. P. Asnani.
Wahai kawan-kawan,
Saya yakin kamu ingin tahu apa hubungan di antara Perjanjian Malaysia 1963 [MA63] dan Perlembagaan Persekutuan (Malaysian Federal Constitution). Saya akan membuat seringkas yang boleh agar ianya senang untuk difahami . Kamu perlu tahu bahawa Perjanjian MA63 Malaysia itulah yang telah mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Adalah penting untuk memahami perkara di atas untuk menghargai apa yang GPS telah buat berkaitan dengan Pindaan kepada Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk memulihkan hak2 Sabah dan Sarawak.
Sedikit sejarah mengenai penubuhan Malaysia - Pada 6 Julai 1963, Kerajaan
Federasi Malaya, United Kingdom North Borneo, Sarawak dan Singapura menandatangani Perjanjian Malaysia di mana Singapura, Sarawak dan North Borneo akan bergabung dengan negeri-negeri dalam Federasi Malaya dan Federasi tersebut akan dinamakan "Malaysia". Perjanjian Malaysia ini ditandatangani dengan Federasi Malaya sebagai satu pihak yang mengandungi negeri-negeri Malaya.
Perjanjian MA63 ini tidak ditandatangani dengan Kelantan, Johor ataupun mana-mana negeri di Malaya yang lain tetapi ditandatangani dengan Federasi Malaya sebagai wakil negeri-negeri di Malaya.
Parlimen Persekutuan meluluskan Akta Malaysia 1963 berdasarkan Borang Malaysia Bill dengan pelbagai lampiran A,B,C,D sampai J yang dilampirkan dengan Perjanjian Malaysia ini, dan Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Federasi Malaya 1957,
Artikel 1(1)dan(2)untuk memberi laluan, inter alia, kepada kemasukan tiga negeri baru dan untuk penukaran nama Federasi kepada "Malaysia".
Akta tersebut menerima Kelulusan DiRaja pada 26 Ogos 1963 yang berkuat kuasa pada 16 Sep 1963.
Jadi apa yang telah menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia selepas Akta Malaysia 1963 berkuat kuasa, adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ia hanya akan masuk akal dan betul untuk mengadakan Perjanjian ia itu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)dengan semua syarat-syarat dan ikat janji yang diperlukan oleh Sabah dan Sarawak dinyatakan dengan terang di dalamnya, dan di dalam Lapuran Antara Komiti Kerajaan 1962 (IGC Report), dilapurkan secara spesifik di dalam Artikel VIII MA63 sebelum negara Malaysia ditubuhkan.
Satu kes yang boleh menerangkan dengan teliti hubungan di antara Perjanjian MA63 dan Perlembagaan Persekutuan ialah Kes Kerajaan Negeri Kelantan Vs Kerajaan Federasi Malaya dan Tuanku Abdul Rahman (1963) 29 MLJ 355 ( Keputusan Mendiang Chief Justice Thomson).
Kesahihan/sanctity Lapuran IGC (ditandatangani pada 27 Februari 1963) yang disebut dalam Artikel VIII MA63 Perjanjian Malaysia 1963 telah pun diperakui dalam sekurang-kurangnya dua keputusan Mahkamah APEX (Mahkamah Persekutuan) di dalam Kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah Vs Sugumar Balakrishnan(2002) 3 MLJ 72 dan Kes Datuk Hj Mohammad Tufail Bin Mahmud & Ors Vs Dato Ting Check Sii (2009) 4 MLJ 165.
Pembacaan ringkas mengenai Artikel VIII yang sangat penting dalam Perjanjian MA63 saperti yang disebutkan di bawah ini, membentangkan betapa pentingnya Lapuran IGC yang termaktub di dalamnya untuk menjamin keselamatan Hak-hak Sabah dan Sarawak.
Artikel VIII Perjanjian Malaysia 1963 dibaca saperti berikut:
" Kerajaan-Kerajaan Federasi Malaya, North Borneo dan Sarawak akan mengambil tindakan Legislatif, eksekutif atau tindakan lain yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan segala Ikat janji, Akujanji dan Saranan-saranan yang termaktub dalam Chapter 3 Lapuran IGC dan dalam Lampiran A dan B kepada Lapuran ICG yang ditandatangani pada 27 Februari 1963 dengan janji mereka bukan dilaksanakan oleh express provision Perlembagaan Malaysia."
Artikel 4 dalam Bill Malaysia yang dilampirkan di bawah Annex A,
bersama Perjanjian Malaysia 1963
berbunyi berikut:
BAHAGIAN II
NEGERI-NEGERI DALAM FEDERASI
4. (1) Federasi akan dikenali dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan nama Malaysia.
(2) Negeri-negeri dalam Federasi adalah saperti berikut: -
(a) Negara Malaya ia itu negeri-negeri Kedah, Kelantan, Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu ; dan
(b) Negara-negara di Borneo yang bernama Sabah and Sarawak; dan
(c) Negara Singapura.
(3) Kawasan-kawasan setiap negeri yang disebutkan di dalam klausa (2) adalah kawasan-kawasan yang sedia ada sebelum Hari Malaysia.
Oleh itu Ahli-ahli Parlimen GPS telah mengambil tindakan yang wajar untuk menyelamatkan Sarawak dengan menegaskan sekuat-kuatnya agar Pindaan yang akan diluluskan harus menyebut secara terang dan spesifik Perjanjian Malaysia 1963 kerana Perjanjian Malaysia 1963 menyebut secara spesifik Lapuran IGC ( yang ditandatangani pada 27 Februari 1963) yang memberi jaminan Hak-hak, Akujanji yang telah diberikan kapada Negara-negara Borneo ia itu Sabah dan Sarawak.
Untuk pemahaman yang lebih baik mengenai Cadangan Pindaan Perjanjian MA63 tersebut, GPS menegaskan pindaan-pindaan berikut dibuat kepada Artikel 1(2):
"Negeri-negeri di dalam Federasi menurut Perjanjian Malaysia 1963 adalah:
(a) Negeri-negeri di Malaya ia itu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu; dan
(b) Negeri-negeri Borneo, ia itu Sabah dan Sarawak."
Kita mesti balik ke akar umbi untuk membolehkan kita memulihkan Hak-hak secara jujur dan rasional.
Lebih-lebih lagi, perkataan "Pemulihan" bermakna memulangkan sesuatu atau seseorang kembali kepada keadaan atau penempatan yang baik asalnya.
Ini merupakan situasi yang sama dengan definasi " Federasi di bawah Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca sebagai " Federasi itu"yang bermakna Federasi yang dibentuk di bawah Federasi Malaya 1957"
Jadi sekarang amat ketara "Federasi"
berlainan makna dan Artikel 160(2) perlu dipulihkan untuk mencerminkan MA63 yang sebenarnya.
Negeri-negeri di Malaya membentukkan Federasi Malaya dalam tahun 1957.
Sabah dan Sarawak kemudian membentuk Malaysia dengan Federasi Malaya.
Kepada sesiapa yang telah memikirkan Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah di bawah atau lebih rendah dari Parlimen Malaysia serta memikirkan DUN Sarawak tak ada hak, dengan hormatnya pemikiran sebegini adalah salah sebab Malaysia adalah sebuah Negara yang melanggan kepada Constitutional Supremacy/Ketuanan Perlembagaan. Kuasa Parlimen dan Kuasa State Legislative Assembly adalah berlainan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak dalam apa-apa keadaan pun kuasa mereka "servient".
Perlembagaan ini memberi framework/ rangka-kerja untuk mereka berkerjasama. Sila rujuk kepada Artikel 161E PerlembagaanPersekutuan.
Perlembagaan Persekutuan 1963 sedia ada di dalam internet.
Ini sahaja untuk keadaan semasa.
Shankar Ram Asnani
Of The Middle Temple, Barrister,
Advocate of the High Court in Sabah and Sarawak
Advocate of the High Court of Malaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...

No comments:
Post a Comment