Agong, Permaisuri Dijadual Melawat Sarawak 25 April


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Kuching pada 25-26 April ini.

Menurut  kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak, Jabatan Ketua Menteri berkata, kedatangan majlis mereka akan dialu-alukan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan isteri, Datin Patinggi Dato Hajah Jumaa'ni Tun Tuanku Bujang, menteri kabinet, ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pagi 25 April.

Antara jadual lawatan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong ialah melawat tempat-tempat pelancongan yang berdekatan iaitu Jalan Pedestrian Mall India dan Kuching Waterfront pada sebelah petang.

Manakala sebelah malamnya, Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong akan menghadiri majlis makan malam dengan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di sebuah hotel terkemuka di ibu Negeri.

Ketua Menteri dan isteri, Datin Patinggi Dato Jumaa'ni, anggota kabinet negeri dan tetamu terkenal lain juga akan hadir.
Selesai sahaja majlis makan malam, pasangan kerajaan akan menyaksikan persembahan muzikal air di Kuching Waterfront.

Keesokan harinya, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda bertemankan Tun Pehin Sri Abdul Taib dijadual menghadiri taklimat di Majlis Agama Islam Negeri dan juga mengemukakan surat pelantikan kepada ahli majlis.

Selesai majlis taklimat , Sultan Abdullah akan meneruskan ke Masjid Darul Hana untuk melakukan solat Jumaat bersama masyarakat Islam setempat.

Pada masa yang sama, Raja Permaisuri Agong akan mengadakan acara berasingan di Bangunan Mahkamah Lama Kuching di mana beliau akan diiringi oleh isteri Ketua Menteri untuk melawat Muzium Ranee Brooke, sebuah pameran kraftangan dan menyaksikan demonsrasi memasak makanan tradisional.

Baginda berdua dijangka mengakhiri lawatan di bumi kenyalang dan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang, hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...